Sunday, 24 March 2013

Panduan Kurangkan Gout


Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan & kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita. Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius & mengancam nyawa. Bagi mengurangkan kesan serangan gout & menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout.

1. Kekalkan hidrasi
Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang & bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air yang bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan & membawa nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul didalam sendi.

2. Elak minuman keras
Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi  dalam badan. Apabila protein daripada yis didalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat dari yis.

3. Elak beli ubat gout di kaunter
Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin & diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan tinggi & boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Bagaimanapun, air yang sama diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.

4. Makan secara sihat
Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekaligus menyebabkan asid urik meningkat. Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol & makan banyak produk tenusu rendah lemak, buah-buahan & sayur-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.

5. Mengekalkan berat badan
Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan ideal. Jika gagal, ia menyebabkan jumlah asid urik dalam badan turut meningkat. Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan & nasihat dalam senarai pemakanan sihat, maka berat badan ideal akan dapat dikekalkan. Senaman juga penting untuk diamalkan.

6. Rehat
Tidur cara pemulihan terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukuo adalah penting bagi pesakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagu merehatkan & meredakan tekanan lebih cepat.

7. Halia
Halia digunakan beribu-ribu tahun lalu untuk masalah sendi & gangguan gastrousus. Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan & keradangan apabila digunakan daru semasa ke semasa kerana ada banyak ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dikaunter perubatan. Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar aslu, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.

No comments:

Post a Comment

Jom Jenguk Post Lain